Posted on :
17:03
| In :
akademi al fafa
AKADEMI KEUSAHAWANAN ISLAM ALFAFA
Program Keusahawanan
SEMESTER PERTAMA
1. PELAJAR AKAN DIBAHAGIKAN KEPADA 10 KUMPULAN.
2. PELAJAR AKAN DIBERIKAN KERJA :-
2.1. Menjaga kedai.
2.2. Memulakan kerja-kerja setup kedai.
2.3. Menjalankan aktiviti aktiviti di kedai.
2.4. Menjaga perjalanan kedai.
3.BAGI KEDAI YANG BELUM BEROPERASI .
3.1. Mengadakan kertas kerja untuk membuka sebuah kedai.
3.2. Berkerja berkumpulan.
3.3. Membuat kaji selidik SWOT
3.4. Mencari lokasi kedai yang bersesuai.
3.5. Membuka syarikat atas nama Alfafa
3.6. Berurusan dengan tuanpunya penyewa kedai.
3.7. Berurusan dengan supplier untuk membuka kedai
3.8. Membuka akaun bank atas nama Alfafa
4. PELAJAR AKAN MEMPELAJARI SECARA TEORI TEKNIK TEKNIK PERNIAGAAN DI SEBELAH MALAM
4.1. Mempelajari RP
4.2. Mempelajari asas akauan
4.3. Mempelajari asas perniagaan
4.4. Ceramah motivasi oleh penceramah jemputan daripada ahli perniagaan.
5. PELAJAR AKAN MEMPELAJARI BAHASA CINA
6. PELAJAR AKAN MEMPELAJARI MATAPELAJARAN SYARIAH
6.1. Subjek fiqh ibadah
6.2. Subjek fiqh muamalat ( Mazhab syafie )
6.3. Subjek hafazan al-quran juzuk 30
6.4. Subjek akidah
6.5. Subjek hadis fiqh muamalat.
7. SETIAP KUMPULAN AKAN DIBERIKAN SEBUAH KENDERAAN UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA BERGERAK DAN MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN.
8. SETIAP KUMPULAN YANG TELAH MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN, MEREKA AKAN MEMBERIKAN LAPORAN PERNIAGAAN DAN KEWANGAN SETIAP HARI KEPADA JURU AUDIT ( JURU AKAUN ) SYARIKAT DI PEJABAT.
9. PIHAK PENGURUSAN AKADEMI ALFAFA SDN BHD AKAN MENGELUARKAN MODAL UNTUK PARA PELAJAR MENJALANKAN PERNIAGAAN. SYARIKAT ATAU KEDAI ITU ADALAH HAK MUTLAK AKADEMI ALFAFA SDN BHD, PELAJAR CUMA MENJALANKAN DAN MEMBUKA PENIAGAAN, DAN IANYA MERUPAKAN SATU AKTIVITI PEMBELAJARAN DI DALAM AKADEMI KEUSAHAWANAN ISLAM ALFAFA.
10. PARA PELAJAR CUMA DIBAYAR ELAUN UNTUK SEMESTER PERTAMA DAN KEDUA, MANAKALA SEMESTER KETIGA DAN KEEMPAT AKAN DIBAYAR GAJI. PIHAK SYARIKAT AKADEMI ALFAFA SDN BHD DAN AKADEMI KEUSAHAWANAN ISLAM ALFAFA AKAN MENGELUARKAN SLIP GAJI BULANAN. MENERUSI SLIP GAJI INI , PARA PELAJAR AKAN MENGGUNAKAN SLIP GAJI INI UNTUK :-
10.1. Membuat pinjaman untuk membuka sebuah perniagaan sendiri , semasa berada di semester 4. Walaupun atas nama pelajar, pihak Alfafa akan memegang syer di dalam syarikat ini sebanyak 30% .
10.2. Membuat pinjaman untuk membeli sebuah kereta ( Mercedes, BMW, Perdana )
10.3. Kereta ini juga akan dijadikan sijil / pemberian semasa konvokesyen.
10.4. Penyerahan kereta semasa konvokesyen adalah simbolik seorang usahawan yang berjaya .
11. SEMASA PELAJAR BERADA DI SEMESTER KETIGA, MEREKA DIGELAR MANAGER. PADA MASA INI TUGASAN YANG MENANTI MANAGER ADALAH :-
11.1. Menguruskan sekurang-kurangnya 5 unit kedai atau 5 jenis perniagaan syarikat Akademi Alfafa Sdn Bhd.
11.2. Menjalankan aktiviti aktiviti kemasyarakatan dengan mencari dikalangan masyarakat terutama kakitangan kerajaan dan swasta, guru-guru, individu individu yang ingin berniaga, dengan cara :-
11.2.1. Mereka ini akan membuat pinjaman perniagaan dengan menggunakan nama mereka .
11.2.2. Pihak Alfafa akan menjalankan perniagaan mereka .
11.2.3. Perkongsian syer 50% - 50%
11.2.4. MANAGER adalah wakil Alfafa untuk menjalankan perniagaan mereka.
11.2.5. MANAGER akan dibantu oleh supervisor dan pekerja.
11.2.6. MANAGER akan memberikan lapuran kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Alfafa.
12. SEMASA PELAJAR BERADA DI SEMESTER KEEMPAT, MEREKA DIGELAR DIRECTOR, PADA MASA INI TUGASAN YANG MENANTI DIRECTOR ADALAH :-
12.1. Menguruskan sekurang-kurangnya 5 unit kedai atau 5 jenis perniagaan syarikat Kumpulan Alfafa.
12.2. Membuat pinjaman atas nama sendiri. Membuka kedai atas nama sendiri, tetapi dihujung nama mesti ada alfafa contoh KEDAI DOBI AHMAD TAJUDDIN ALFAFA. @ MINI MARKET HAJI OSMAN ALFAFA. RESTORAN NASI BERIANI AHMAD ALFAFA.
12.3. Kedai ini adalah pemegang syer 80% oleh pelajar sendiri dan Alfafa 20 % ,selama 2 tahun. Selepas 2 tahun, Alfafa akan melepaskan pegangan syernya kepada pemilik sepenuhnya.
12.4. Tugasan tugasan MANAGER di atas 5 unit kedai atau 5 jenis perniagaan yang telah dijalankan sebelum ini, akan berakhir setelah pelajar konvokesyen, namun begitu, pelajar diberikan peluang untuk mengemudikan perniagaan tersebut selama 2 tahun lagi sehingga pelajar sendiri telah dapat menambahkan lagi unit unit kedai perniagaan milik mereka.
12.5. Kedai-kedai yang dibuka, tetapi tiada keuntungan dicatatkan di dalam operasinya akan ditutup atau digantikan dengan perniagaan lain.
0