Selamat Datang

Inginkan Diri Anda Diiktiraf Sebagai Ustaz/Ustazah, Ahli Perniagaan & Penyelidik Islam Sekaligus?
(Syarat Minimum SPM)

 Diploma Penyelidik Islam 
- Mu'tabar Dengan Teknologi Ilmu  (Pengurusan Perdagangan Islam) 
Klik SINI untuk keterangan lanjut.
- Dr. Kamari Kasan

Akademi Al-Fafa - LATARBELAKANG KURSUS

0

Posted on : 18:06 | In :

Ilmu keusahawanan merupakan ilmu yang tidak diajar di universiti atau sekolah, sebaliknya hanya diajar di pusat-pusat latihan tertentu samada milik kerajaan atau swasta. Pun begitu, latihan yang diberikan kebanyakannya lebih kepada teori tanpa melibatkan bakal usahawan tersebut ke dalam dunia perniagaan sebenar.

Disamping itu, jarang juga terdapat pusat latihan keusahawanan yang memberikan pembelajaran agama dan syariah yang berkaitan dengan hukum-hakam perniagaan menyebabkan bakal usahawan Islam berhadapan kesukaran untuk mengaplikasikan ilmu perniagaan mereka kerana ditakuti melanggar hukum agama dan sebagainya.

Justeru itu, Alfafa Holdings Sdn. Bhd. melalui anak syarikatnya Akademi Alfafa Sdn. Bhd. (Akademi Alfafa) telah mengambil inisiatif menubuhkan Akademi Keusahawanan Islam Alfafa dengan menggabungkan 3 elemen penting iaitu Kemahiran Keusahawanan, Keilmuan Islam dan 100% praktikal ke dalam sistem latihan bersepadu bagi melahirkan para usahawan Islam yang mantap dan mahir dari segala sudut bagi mengembalikan kegemilangan ekonomi umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya, Insyallah.

Share this :

  • Stumble upon
  • twitter

Comments (0)